747 pegawai perubatan tamat latihan ditempatkan ke semua negeri – KKM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI 747 pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan siswazah telah ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tujuan latihan yang diberikan kepada pegawai perubatan siswazah (PPS) sewaktu penempatan adalah agar mendapat pendedahan dan latihan klinikal yang mencukupi. 

Jelas KKM, langkah itu penting agar PPS mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti serta dapat mengamal dengan selamat.

“KKM telah memutuskan untuk membuka penempatan PPS baharu bagi lantikan siri ketiga ke beberapa lagi hospital lain selain daripada hospital negeri. 

“Keputusan ini dibuat memandangkan peratus pengisian slot PPS tersebut telah bertambah baik. Tawaran penempatan ini dilaksanakan menerusi sistem e-houseman pada 13 Mei lalu yang melibatkan 792 orang calon,” jelas KKM.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan, KKM sebelum ini telah memutuskan pada awal tahun ini agar penempatan dibuka kepada hospital negeri sahaja disebabkan pelantikan

PPS didapati semakin menurun dan pengisian slot PPS di hospital negeri juga berkurangan. 

Jelas kenyataan tersebut, sehingga April lalu, KKM telah melaksanakan dua siri lantikan baharu PPS yang melibatkan seramai 701 orang pada siri lantikan pertama, dan 803 orang pada siri lantikan kedua.

Menurut KKM, bagi siri lantikan seterusnya, penempatan PPS di hospital-hospital lain akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa berdasarkan bilangan calon yang diterima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta faktor-faktor lain yang berkaitan.

“KKM amat memahami cabaran yang dihadapi olen petugas kesihatan di seluruh negara dalam menghadapi peningkatan bebanan kerja. Beberapa langkah jangka pendek dan jangka panjang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.

“KKM turut mengarahkan semua Pengarah Hospital untuk memastikan kebajikan semua petugas kesihatan terpelihara walaupun tahap pengisian PPS di hospital-hospital mash dalam proses penambahbaikan,” jelas KKM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This