Sokong Palestin: PM Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway dan Sepanyol

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol kerana menzahirkan sokongan secara terbuka kepada Palestin.

Kata Perdana Menteri, tindakan ketiga-tiga pemimpin negara itu menunjukkan pemilihan untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan. 

Perdana Menteri berkata, niat murni negara-negara berkenaan jelas terpacul saat diumumkan keputusan tersebut sekaligus membuktikan mereka memperaku hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri. 

“Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua timur tengah. 

“Kepada negara-negara yang lain yang belum berbuat demikian, fahami fakta ini; bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin, dan usaha mereka dalam mencari dan menjelmakan keadilan tidak mampu tertahankan lagi. 

“Ayuh bersama di garis ini dalam mengemudi sejarah lantas memungkinkan perubahan  yang bermakna buat rakyat Palestin,” kata Perdana Menteri.

Para Rabu, Norway, Ireland dan Sepanyol mengumumkan keputusan mengiktiraf Palestin.

Pemimpin Ireland berkata, Dublin akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tetapi tidak menyatakan masanya.

Sementara itu, pemimpin Norway dan Sepanyol pula akan berbuat demikian mulai 28 Mei ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This