Adunkan Sekali Bahan Begedil Daging Ini. Barulah Digoreng, Pasti Menjadi!

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Begedil daging ini menggunakan kentang dan daging kisar. Kentang yang digunakan tidak direbus, tetapi digoreng dan kemudiannya ditumbuk.

Resipi ini tidak menggunakan serbuk lada putih mahu pun lada hitam. Tetapi digantikan dengan bawang putih dan hirisan daun bawang sahaja untuk mendatangkan bau yang wangi pada begedil. Itu pun sudah cukup sedap.

Bancuhan telur pula, terus dimasukkan ke dalam adunan dan tidak dicelupkan dengan telur kemudian baru digoreng. Rasanya tetap sama, cumanya begedil daging ini tidak bersarang rupanya. Itu aje, yang penting sedap!

BEGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN
1 kg kentang – kupas dan potong besar
500 gm daging kisar
6 tangkai daun bawang – hiris halus
5 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 biji telur
Minyak masak untuk menggoreng
Garam
CARA PENYEDIAAN

  1. Kentang digoreng hingga kekuningan dan dituskan. Kemudian tumbuk kentang sehingga lumat. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih sehingga lumat dan gaulkan dengan kentang.
  3. Taburkan hirisan daun bawang.
  4. Masukkan daging kisar, telur dan garam secukup rasa. Gaulkan sebati.
  5. Ambil sedikit adunan begedil, bentukkan bulat dan leperkan.
  6. Panaskan minyak, goreng sehingga masak atau garing. Angkat dan tuskan minyaknya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This