SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan panggilan dilakukan individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC.
MCMC dalam kenyataan memaklumkan, saranan itu dilakukan susulan peningkatan kes yang diterima MCMC sejak tempoh seminggu lalu.
Menurut suruhanjaya tersebut, modus operandi panggilan yang diterima itu dipercayai dengan matlamat untuk memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu.
“Pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai pegawai MCMC dan memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa telah terbabit dalam kegiatan jenayah.
“Namun, sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian tersebut akan disekat atau disenarai hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, MCMC menegaskan, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan MCMC lazimnya dilaksanakan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang atau menerusi platform media sosial MCMC.
Baca artikel lain: MCMC raih pengiktirafan di Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2024
Jelasnya, sebarang pengumuman atau pemaklumkan itu tidak dilakukan dengan menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian mahupun penggunaan bahasa yang meragukan.
Malah, MCMC memberitahu, pihak berkuasa termasuk suruhanjaya itu tidak akan meminta butiran dan maklumat peribadi individu.
“Justeru, MCMC menggesa orang ramai tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak yang tidak dikenali.
“Orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau sistem pesanan ringkas (SMS) ke talian telefon yang dimiliki,” katanya.
Sekiranya menerima panggilan-panggilan mencurigakan, orang ramai perlu segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam untuk tindakan selanjutnya.
Orang ramai juga boleh melayari portal Sebenarnya.my untuk mendapatkan pengesahan mengenai sesuatu berita yang tidak ditentusahihkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

