KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua produk rempah dari India yang mengandungi Ethylene Oxide.
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dua produk rempah tersebut adalah Everest Fish Curry Masala dan MDH Curry Powder.
Jelas KKM, pihaknya melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk di seluruh negara.
“Berdasarkan semakan data melalui Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), sehingga April 2024, hanya terdapat satu pengimportan masuk produk rempah berjenama Everest Fish Curry Masala dan tiada pengimportan masuk produk rempah berjenama MDH Curry Powder ke Malaysia.
“Mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk berkaitan dan semua platform e-dagang dan media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut serta merta,” jelas KKM.
Mengulas lanjut, KKM menjelaskan, Ethylene oxide sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca dari bakteria, virus dan kulat.
Menurut KKM, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci.
KKM berkata, penggunaannya dalam makanan dan juga bahan bersentuhan makanan adalah tidak dibenarkan disebabkan ethylene oxide bersifat karsinogenik.
“Pada masa ini, KKM melaksanakan pemantauan kandungan aflatoksin, logam berat dan residu racun perosak di dalam produk rempah di semua pintu masuk negara.
“Hasil pemantauan dari 2019 sehingga April 2024 mendapati 43 sampel yang diambil mematuhi keperluan perundangan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” jelas KKM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

