MCMC, UNOCD jalin kerjasama perangi jenayah siber di Asia Tenggara

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNOCD) menerajui usaha memerangi jenayah siber di seluruh Asia Tenggara.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan komitmen ini disuarakan pada dialog mengenai peraturan industri dan penguatkuasaan dalam mengurus jenayah siber bertujuan menangani ancaman yang semakin meluas dalam era digital.

Acara dua hari yang berakhir hari ini itu, menjadi platform penting bagi penggubal dasar, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pemimpin industri berbincang selain merangka strategi untuk dunia digital yang lebih selamat, termasuk mengukuhkan peraturan platform Over-the-Top (OTT) bagi membendung jenayah siber serta penyebaran kandungan yang menyalahi undang-undang.

“MCMC sangat menyokong penyelesaian teknologi yang mengutamakan keselamatan pengguna dan mengurangkan penyebaran kandungan terlarang merentasi platform dalam talian,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu juga memainkan peranan penting memudahkan perbincangan menangani cabaran peraturan platform OTT dan penggubalan dasar pencegahan jenayah siber yang komprehensif, memperjuangkan pendekatan kolaboratif untuk meningkatkan keselamatan digital serta rangka kerja kawal selia.

Di samping itu, MCMC turut mengambil sikap proaktif dalam mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan dan dasar serantau melalui perkongsian maklumat serta kerjasama dengan wakil kerajaan dari Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam, Filipina dan Indonesia.

“Usaha ini bertujuan membangunkan strategi dan pelan tindakan serantau yang mantap untuk memerangi jenayah siber secara berkesan, memfokuskan pada meningkatkan keselamatan serantau, menambah baik kerjasama rentas sempadan dan mengukuhkan rangka kerja undang-undang di samping mengimbangi inovasi teknologi dengan peraturan yang mantap,” menurut MCMC.

Memahami arah aliran utama dan mengemudi landskap kawal selia penting untuk mencapai kejayaan dalam pengawasan kawal selia selain memastikan daya tahan ekosistem digital.

“Keseimbangan itu penting bagi memupuk persekitaran digital yang selamat untuk memacu pertumbuhan ekonomi sambil melindungi hak asasi manusia,” menurut kenyataan itu.

Melalui dialog berterusan serta usaha bersepadu, MCMC berusaha merintis laluan demi masa depan digital yang lebih selamat dan berdaya tahan untuk semua.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram



Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This