Kapal pemasangan kabel dikecualikan dasar kabotaj bermula 1 Jun

Dari Penulis

SEMUA kapal pemasangan kabel yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Malaysia dikecualikan daripada dasar kabotaj bermula 1 Jun ini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan pengecualian itu dibuat di bawah Seksyen 65U Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Kenyataan itu menyebut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah menandatangani satu warta yang bertujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam infrastruktur teknologi internet di Malaysia, semalam.

Baca artikel lain: PM lancar kitab Fiqh terjemahan bahasa Melayu

Loke dalam kenyataan itu berkata sejak 2020, syarikat teknologi Malaysia dan antarabangsa telah menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi.

“Kerajaan Perpaduan komited dalam memacu pembangunan infrastruktur digital negara,” katanya.

Selain itu Loke juga membatalkan pengecualian kabotaj bagi semua kapal yang mengangkut kargo dari mana-mana pelabuhan di Sarawak ke mana-mana pelabuhan di Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sabah dan sebaliknya.

Kenyataan itu menyebut ia dibuat atas permintaan kerajaan Sarawak.

  • BERNAMA
  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
  • Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This