Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu pengendalian bagi tahun 2025

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PELABUHAN Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan rekod baharu jumlah pengendalian kontena bagi tahun 2025, masing-masing dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 3.4 peratus serta 14 peratus.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, prestasi direkodkan oleh Pelabuhan Klang dan PTP mencerminkan kekuatan Malaysia yang semakin meningkat sebagai hab maritim dan logistik serantau.

“Pertumbuhan kukuh jumlah pengendalian kontena yang direkodkan di Pelabuhan Klang dan PTP membuktikan tahap keyakinan syarikat perkapalan global terhadap ekosistem pelabuhan Malaysia.

“Prestasi ini adalah hasil daripada pelaburan berterusan dalam kapasiti, kecekapan dan pendigitalan, serta kerjasama erat antara Kerajaan, pengendali pelabuhan dan pemain industri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pelabuhan Klang yang merangkumi Westports dan Northport menunjukkan peningkatan jumlah pengendalian kepada 15.14 juta twenty-foot equivalent units (TEUs) bagi tahun 2025, berbanding 14.64 juta TEUs pada tahun 2024.

Pencapaian ini amat signifikan memandangkan persekitaran operasi global mencabar yang dihadapi oleh industri maritim sepanjang tahun tersebut.

Pelabuhan Klang berjaya mengurangkan kesan cabaran tersebut melalui perancangan kapasiti bersasar, peningkatan kecekapan operasi serta inisiatif pendigitalan yang berterusan.

Jumlah pengendalian Westports meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada 11.33 juta TEUs pada tahun 2025, berbanding 10.98 juta TEUs pada tahun 2024, didorong terutamanya oleh jumlah Transshipment yang kukuh, rangkaian hubungan dan laluan antara pelabuhan- pelabuhan sedunia, serta peningkatan produktiviti hasil daripada sokongan automasi terminal dan langkah pengoptimuman kawasan Yard.

Northport pula mencatatkan peningkatan sebanyak 3.8 peratus kepada 3.8 juta TEUs pada tahun 2025 berbanding 3.67 juta TEUs pada tahun sebelumnya, disokong oleh pertumbuhan Gateway Cargo, peningkatan kesalinghubungan hinterland, serta peluasan perkhidmatan perkapalan yang melayani laluan perdagangan serantau dan intra-Asia.

Pelabuhan Klang akan terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab maritim dan logistik serantau melalui pelaburan berterusan dalam pengembangan infrastruktur, fasiliti pelabuhan digital dan pintar, inisiatif kelestarian, serta pembangunan bakat.

Seiring dengan pembinaan kapasiti dan pengembangan terminal, inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk projek peluasan kawasan Yard, penempatan kren dermaga tambahan dan kenderaan elektrik, pelaksanaan program perintis digital twin dan 5G, serta automasi lanjut bagi proses pintu masuk dan pengendalian kargo bagi meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan.

Satu lagi pencapaian bersejarah bagi PTP

PTP pula mencapai satu pencapaian bersejarah pada tahun 2025 apabila merekodkan 14.03 juta TEUs sepanjang tahun kalendar penuh, sekali gus menjadi terminal kontena tunggal pertama di Malaysia yang melepasi paras 14 juta TEUs.

Pencapaian ini menyusuli satu lagi kejayaan peringkat nasional hanya tiga minggu sebelum itu, apabila PTP melepasi paras 13 juta TEUs, menjadikannya terminal pertama di negara ini yang mencapai kedua-dua pencapaian tersebut dalam tahun yang sama.

Secara keseluruhan, jumlah pengendalian pada tahun 2025 mencatatkan peningkatan sebanyak 14 peratus berbanding 2024, disokong oleh prestasi operasi cemerlang yang memecahkan rekod, termasuk 189,306 pergerakan dalam tempoh satu minggu, 15,041 pergerakan dalam satu syif 12-jam, serta 1,442 pergerakan dalam tempoh satu jam.

Pertumbuhan PTP dipacu oleh gabungan kedudukan strategik yang jelas serta operasi yang berdisiplin. Faktor utama termasuk peranannya sebagai hab utama Asia di bawah Gemini Cooperation, yang mencerminkan keyakinan syarikat perkapalan global seperti Maersk dan Hapag-Lloyd terhadap terminal tersebut, sekali gus menjamin aliran kargo yang stabil dan berjumlah tinggi melalui pelabuhan ini.

Momentum ini turut diperkukuhkan apabila PTP dinamakan sebagai World’s Fastest Growing Port bagi setengah tahun pertama 2025 oleh Alphaliner.

Menyokong pertumbuhan ini ialah pelan hala tuju pengembangan PTP yang jelas di bawah program KILAT, termasuk pembangunan Berth Zero yang sedang berjalan, penggunaan 11 kren dermaga ULCV baharu dan 41 kren e-RTG baharu, serta perolehan 52 prime mover elektrik dijadualkan sampai pada tahun 2026.

Pada masa sama, pelaburan berterusan dalam pendigitalan dan inovasi, termasuk pelaksanaan penyelesaian Terminal Truck Optimisation (TT-O), telah menghasilkan pengurangan sebanyak 13 peratus dalam masa turnaround trak keseluruhan, sekali gus meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kebolehpercayaan jadual untuk pelanggan.

Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif ini meletakkan PTP pada kedudukan kukuh untuk mengekalkan pertumbuhan sambil terus memberikan kualiti perkhidmatan yang konsisten, walaupun jumlah pengendalian terus meningkat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This