PELAKON Ainul Aishah kini bergelar ibu kepada cahaya mata perempuan selepas selamat melahirkan di pusat perubatan swasta Kuala Lumpur, semalam.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri pemilik nama penuh Ainul Aishah Azizun,39 menerusi Instagram Story miliknya.
“Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi perempuan pada 29 Mei 2024, jam 12.46 tengah hari,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, Ainul tidak berkongsi butiran lanjut mengenai anak sulungnya.
Malah, dia juga tidak mendedahkan wajah serta nama anaknya.
Pada masa sama, dia sempat memberitahu bahawa sudah bersedia untuk menerima kunjungan saudara mara dan ahli keluarga di hospital.
“Kepada rakan-rakan dan keluarga yang berhasrat untuk melawat saya dan bayi di hospital, WhatsApp dan mesej langsung (DM) saya okay,” ujarnya.
Untuk info, Ainul berkahwin dengan Khalid Redzuan pada September 2022 selepas lima tahun bercinta.

