Tahniah! Ainul Aishah kini sah bergelar isteri

Dari Penulis

PELAKON Ainul Aishah berkongsi status dirinya yang kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Khalid Redzuan.

Majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Subang itu berlangsung dengan meriah semalam.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas berkat doa semua.

“Urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Saya bersyukur untuk semua, saya akhirnya seorang isteri kepada lelaki yang penyayang.

“Saya bertuah dikelilingi dengan keluarga dan sahabat di hari istimewa saya. Memori ini akan berada dalam hati saya sampai bila-bila,” tulisnya di Instagram.

Malah, Ainul turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan hari bahagianya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Untuk rekod, Ainul dan Khalid yang juga ahli perniagaan terlebih dulu mengikat tali pertunangan pada Mac tahun lalu. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This