Tukang masak warga India gesel kemaluan pada kanak-kanak 2 tahun didakwa

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG tukang masak warganegara India didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas satu pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia dua tahun, minggu lalu.

Tertuduh, K. Senthilnathan, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Malaysia di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa yang berusia dua tahun tiga bulan dengan menggesel alat kelaminnya pada kanak-kanak terbabit, di sebuah medan selera dekat Pandan Indah, di Ampang sekitar jam 5 petang pada 20 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh memandangkan pertuduhan itu adalah serius dan merupakan kes yang tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicaranya, Norhashimah mencadangkan jaminan dibenarkan pada kadar sekitar RM15,000 selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan serta tidak menganggu dan mendekati mangsa termasuk saksi pendakwaan.

“Ibu mangsa juga merupakan peniaga berdekatan dengan gerai tempat tertuduh bekerja. Jadi, mereka mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Bagaimanapun, peguam S. Selvaakumaran yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dibenarkan ke atas tertuduh pada kadar yang minima.

“Tertuduh merupakan penanggung kepada ibu bapa yang sudah uzur yang tinggal di India termasuk seorang anak berusia dua tahun yang mempunyai masalah kesihatan.

“Mohon jaminan dibenarkan pada kadar RM2,500 sehingga RM5,000. Pihak kami juga tidak membantah sekiranya mahkamah ingin mengenakan sebarang syarat tambahan jaminan,” kata peguam itu.

Norhashimah kemudian permohonan kadar jaminan yang minima itu dengan menyifatkan jaminan yang rendah boleh mewujudkan risiko tertuduh untuk melarikan diri serta tidak menggambarkan keseriusan pertuduhan.

Mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hakim Norshila kemudian membenarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM12,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia.

“Tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis berdekatan dengan kediaman sekali setiap bulan serta dilarang menganggu dan mendekati mangsa, serta berjumpa dengan keluarga mangsa,” ujarnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 September depan bagi sebutan semula kes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This