Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin

POLIS Selangar memanggil bekas pengasuh dan dua ahli keluarga bagi membantu siasatan susulan penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketuanya Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua mereka dipanggil bagi dirakam keterangan untuk melengkapkan siasatan yang sedang dilakukan.

“Mereka dipanggil untuk membantu dan melengkapkan siasatan polis. Ada kemungkinan kita akan panggil individu lain selepas ini namun ia bergantung kepada keperluan siasatan,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Semalam, media melaporkan polis merampas telefon bimbit ibu dan bapa Zayn Rayyan bagi siasatan lanjut.

Baca artikel lain: Agong santap di restoran Nasi Lemak Wanjo

Hussein dilaporkan berkata rampasan yang dilakukan adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.

Sabtu lalu, Hussein dalam kenyataan media mengesahkan polis menahan kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk membantu siasatan polis.

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu ditahan pada pukul 10.05 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, tangkapan dijalankan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Kedua-duanya kemudian direman pada Sabtu lalu di Mahkamah Petaling Jaya dan dibenarkan tahanan reman selama tujuh hari sehingga 7 Jun ini.

Kedua-dua mereka direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram