SEORANG pemandu Nissan GT-R maut selepas terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, maklumat mengenai kejadian kemalangan itu diterima pada pukul 4 pagi.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun datang dari arah Puteri Harbour ke Gelang Patah.
“Pemandu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri di lokasi kejadian dan mengalami kecederaan parah di kepala serta kaki kanan.
“Sementara penumpang iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun hanya mengalami luka di siku,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak ambulans.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

