SEORANG doktor ditahan selepas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang dekat Bota, Perak.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Bota pada pukul 9.14 malam, Selasa lalu.
Beliau berkata, mangsa mendakwa telah diganggu secara seksual oleh seorang doktor lelaki ketika menerima rawatan di hospital.
“Tangkapan terhadap seorang doktor telah dibuat pada pukul 2 petang kelmarin.
“Suspek telah direman untuk siasatan lanjut dan mangsa kini dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

