PEMUDA UMNO membidas tindakan lembaga pengarah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah menengah Cina di Pulau Pinang yang membantah pekeliling dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP).
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh malah menyindir bantahan tersebut yang seolah-olah seperti ‘takut’ dengan Bahasa Melayu.
Tegas beliau, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dalam Malaysia.
“Kenapa takut sangat dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di satu kelas saja?
“Isu ini, kita menyokong sepenuhnya polisi yang dilakukan oleh KPM. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara ini. Full stop,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Terdahulu, lembaga sekolah serta PIBG dari 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina di Pulau Pinang menyuarakan tentangan mereka terhadap syarat yang dikenakan oleh KPM berhubung pelaksanaan DLP.
Mengikut ketetapan itu, sesebuah sekolah yang menerima pakai DLP dalam pembelajaran Matematik dan Sains mesti menyediakan sekurang-kurangnya satu kelas untuk diajar dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda.
Langkah itu dibantah oleh kumpulan berkenaan atas alasan ia boleh memberi kesan kepada pembelajaran serta psikologi pelajar terbait.
Mereka juga menggesa KPM mendengar bantahan yang disuarakan, selain menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

