Dua lelaki tular curi telefon bimbit di Ulu Tiram ditahan

Dari Penulis

DUA lelaki ditahan selepas dipercayai melarikan telefon bimbit di sebuah premis dekat kawasan Ulu Tiram, Johor, pada pukul 4.15 petang, Isnin lalu.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/6055

Kes tersebut turut tular dalam video berdurasi 1 minit 23 saat sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan, dua suspek warga tempatan itu telah berjaya diberkas pada hari yang sama kira-kira pukul 5.10 petang.

Beliau berkata, suspek berusia 32 dan 38 tahun itu telah ditahan di tepi jalan berdekatan kawasan Ulu Tiram.

“Pihak polis telah mengesan satu video tular di aplikasi X yang memaparkan kejadian itu semalam.

“Polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha Y16ZR, satu unit kunci kawalan jauh dan sebuah telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Sohaimi memberitahu, kedua-dua suspek telah pun ditahan reman selama empat hari sehingga hari ini.

Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai enam rekod kesalahan dadah dan lima kesalahan jenayah.

“Saringan awal air kencing mendapati kedua-dua positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seskyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This