PM sampaikan sumbangan, doakan Azman Adnan cepat sembuh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRIHATIN dengan nasib menimpa bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menghulurkan sumbangan kepada legenda Selangor itu, semalam.

Dalam hantaran di Facebook, sumbangan itu diserahkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi kepada Azman.

Menurut Perdana Menteri, Azman ketika ini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi berkala.

Pada masa sama, kata beliau, Azman turut berhadapan beberapa masalah kesihatan lain yang menyukarkannya melakukan kerja-kerja berat dan terputus sumber pendapatan.

“Saudara Farhan meneruskan rutin Ziarah MADANI bagi pihak saya dengan bertemu saudara Azman Adnan, semalam.

Baca artikel lain: PM Anwar zahir ucapan takziah kepada Allahyarham Pyanhabib

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan beliau.

“Semoga saudara Azman cepat sembuh, insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Bekas penyerang sensasi negara itu memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan Kuala Lumpur pada tahun 1989.

Azman terus mencipta nama dengan memenangi beberapa gelaran bersama pasukan Selangor sehingga pernah disamakan dengan penyerang legenda, Mokhtar Dahari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This