LLM, SPE diarah periksa keretakan persimpangan bertingkat di Jalan Cheras

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan segera susulan dakwaan berlaku keretakan di persimpangan bertingkat lebuh raya itu di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam hantaran di aplikasi X, malam tadi.

Beliau turut berkata demikian sebagai respons kepada hantaran bergambar pengguna aplikasi X yang mendakwa keretakan di persimpangan bertingkat itu semakin membesar.

Menurut Alexander, beliau memandang serius perkara itu dengan keselamatan semua pihak terutama pengguna jalan raya diutamakan.

“Saya amat memandang serius perkara ini.

“Saya telah mengarahkan LLM dan syarikat konsesi lebuhraya SPR untuk turun ke tapak pada malam ini juga bagi membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera,” katanya dalam hantaran tersebut malam tadi.

Baca artikel lain: JKR Sarawak diminta baiki jambatan Nanga Tisa sebelum Gawai – Nanta

Terdahulu, tular dalam aplikasi X pengguna media sosial mendakwa keretakan yang berlaku di persimpangan bertingkat dekat Jalan Cheras itu semakin membesar.

Pengguna turut membandingkan keadaan keretakan tersebut pada bulan April dan bulan ini.

SPE dibuka sepenuhnya pada 3 November lalu, mempunyai laluan tiga lorong dua hala dan tujuh persimpangan bertingkat.

Lebuh raya itu dibahagikan kepada empat seksyen utama, iaitu Kerinchi-Salak (Seksyen 1), Salak-Pandan (Seksyen 2), Pandan-Setiawangsa (Seksyen 3) dan Setiawangsa-Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan sepanjang 20.7 kilometer.

Ia menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) dan lain-lain bagi meningkatkan kecekapan rangkaian dan mengurangkan kesesakan di ibu negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This