Tiada keretakan persimpangan bertingkat SPE, struktur selamat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA keretakan dikesan berlaku pada persimpangan bertingkat Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) dekat Jalan Cheras seperti yang tular sejak semalam.

Perkara tersebut disahkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam hantaran di platform X, hari ini.

Menurut KKR, ia hasil pemeriksaan segera yang dilakukan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), syarikat konsesi SPE dan syarikat perunding EDP pada pukul 11.30 malam tadi.

Kementerian itu memberitahu, garisan yang dilihat pada gambar tular itu hanya kesan garisan hitam pada sambungan semasa kerja pembinaan dahulu.

“Konsultan juga mengesahkan struktur portal lebuh raya tidak terjejas dan selamat.

“Satu laporan pemeriksaan dan pengesahan selamat akan disediakan serta akan dikemukakan kepada LLM,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, LLM dan syarikat konsesi SPE telah diarahkan unutk membuat pemeriksaan segera susulan dakwaan berlaku keretakan di persimpangan bertingkat lebuh raya itu dekat Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Baca artikel lain: LLM, SPE diarah periksa keretakan persimpangan bertingkat di Jalan Cheras

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang memandang serius perkara itu turut menegaskan keselamatan semua pihak terutama pengguna jalan raya sentiasa diutamakan.

Sebelum ini, tular dalam aplikasi X pengguna media sosial mendakwa keretakan yang berlaku di persimpangan bertingkat dekat Jalan Cheras itu semakin membesar.

Pengguna turut membandingkan keadaan keretakan tersebut pada bulan April dan bulan ini.

SPE dibuka sepenuhnya pada 3 November lalu, mempunyai laluan tiga lorong dua hala dan tujuh persimpangan bertingkat.

Lebuh raya itu dibahagikan kepada empat seksyen utama, iaitu Kerinchi-Salak (Seksyen 1), Salak-Pandan (Seksyen 2), Pandan-Setiawangsa (Seksyen 3) dan Setiawangsa-Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan sepanjang 20.7 kilometer.

Ia menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) dan lain-lain bagi meningkatkan kecekapan rangkaian dan mengurangkan kesesakan di ibu negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This