PAS mengambil maklum keputusan kerajaan memulakan langkah penyasaran subsidi diesel bermula tengah malam tadi menerusi pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bagaimanapun Pas berharap golongan sasaran akan diliputi sepenuhnya di bawah langkah pengecualian melalui proses pendaftaran yang mudah diakses.
Katanya, ini termasuk peranan proaktif agensi terbabit dalam memastikan mereka dikesan dan dibantu sewajarnya, sebarang ketidakcekapan birokrasi misalnya tidak harus menjadi penghalang dalam hal ini.
“Kebimbangan kedua ialah kemampuan kerajaan menangani isu kebocoran serius yang berlaku, terutama daripada aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran yang dianggarkan berjumlah kira-kira tiga juta liter sehari.
Baca artikel lain: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel cecah lebih 37,000
“Agensi keselamatan di sempadan, termasuk Jabatan Kastam Diraja, mempunyai peranan besar yang perlu digembleng sepenuhnya bagi memperkukuh mekanisme penyasaran subsidi sebaiknya,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, katanya lagi, Pas berharap kerajaan akan meningkatkan peranan pemantauan dan penguatkuasaan domestik bagi menghalang pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga.
Ujarnya, sebarang bentuk manipulasi di dalam pasaran akan memberi kesan negatif ke atas ekonomi dan kehidupan rakyat.
“Pas percaya, langkah penyasaran subsidi diesel ini perlu dipantau keberkesanannya secara dekat oleh kerajaan dan semua langkah perlu hendaklah diambil segera sekiranya terdapat tanda-tanda perjalanannya terseleweng atau tidak menepati sasaran,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

