SYT Cendana (M) Sdn. Bhd. berjaya merangkul Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia (APIUM) 2024 selepas dinobatkan sebagai syarikat terbaik dalam kategori Leadership Excellence Award 2024 Synergistic Service Model pada tahun ini.
Anugerah berprestij berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakishnan kepada Pengarah Syarikat SYT Cendana, Dr Harris Ismail dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
APIUM 2024 anjuran NiagaTimes bermatlamat sebagai platform untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa syarikat-syarikat tempatan kecemerlangan di kalangan usahawan SME di Malaysia.
Mengulas mengenai anugerah yang diterima, Harris menzahirkan kebanggaan beliau dengan pencapaian syarikat yang merupakan hasil kerja keras dan dedikasi seluruh kakitangan syarikat.
Baca artikel lain: 82 alami gejala keracunan setelah makan bihun, telur goreng berubah rupa dan rasa – JKNS
“Saya sangat bersyukur dengan pencapaian ini yang merupakan hasil usaha gigih seluruh kakitangan SYT Cendana. Ini adalah bukti komitmen dan kerja keras yang telah kami curahkan selama ini.
“Saya berharap penganugerahan ini akan menjadi batu loncatan untuk SYT Cendana terus maju dan mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Harris turut memberikan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dan mendukung kejayaan SYT Cendana sama ada secara langsung dan tidak langsung.
“Semoga pencapaian SYT Cendana ini dapatlah menjadi contoh bagi usahawan- usahawan SME. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

