Adik Zayn Rayyan berada dalam jagaan JKM Selangor

Dari Penulis

ADIK kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan maut di Damansara Damai, Disember tahun lalu dilaporkan kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Perkembangan terbaharu itu disahkan Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim seperti dilaporkan Harian Metro, malam tadi.

Difahamkan, JKM Selangor telah pergi ke rumah keluarga ibu bapa Zayn Rayyan di Puncak Bestari untuk tujuan tersebut.

Adik kepada Zayn Rayyan itu kemudiannya telah dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.

Menurut Azmir, terdapat keperluan supaya JKM mengambil kanak-kanak berkenaan.

“Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil,” katanya.

Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap seorang.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf telah dihadapkan atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian yang menyebabkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan.

Baca artikel lain: Kes Zayn Rayyan: Polis guna semua peruntukan bawah bidang kuasanya

Pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu, didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di Petaling Jaya, pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan dilaporkan hilang di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada sekitar pukul 12.30 tengah hari selepas pulang dari sekolah.

Kehilangan Zayn Rayyan itu membuatkan kumpulan penduduk di kawasan apartmen berkenaan mengaktifkan operasi mencari.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mengiring berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya pada keesokan harinya.

Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This