Aidiladha: Aliran trafik menghala Pantai Timur, Utara bergerak perlahan

Dari Penulis

ALIRAN trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan, menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

Setakat 1 tengah hari, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan arah Utara dari Skudai ke Kulai dan dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar.

“Selain itu, terdapat beberapa kemalangan dilaporkan berlaku arah Utara dari Taiping ke Bukit Merah menyebabkan trafik bergerak perlahan di Kilometer (KM) 191 dan di KM162.5,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

Baca artikel lain: Aliran trafik ke Lembah Klang perlahan, SmartLane diaktifkan

Sementara itu di Gua Musang, Kelantan, aliran trafik di pintu masuk sempadan negeri itu di sini lancar dan terkawal meskipun mengalami pertambahan bilangan kenderaan sejak petang semalam, susulan anak perantau mula pulang ke kampung halaman.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan penarikan trafik kira-kira pukul 10.30 pagi di Kampung Mentara, bagi melancarkan keadaan lalu lintas yang memasuki jajahan ini.

“Polis turut mendapat bantuan dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Penguat Kuasa Majlis Daerah Gua Musang serta Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), yang bersiap siaga membantu kenderaan yang rosak ketika dalam perjalanan bagi mengelak berlakunya kesesakan,” katanya kepada pemberita di Kampung Setawar, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis.

Beliau berkata polis akan melanjutkan Op Lancar sehingga 20 Jun di Gua Musang, walaupun operasi di seluruh negara akan berakhir pada 17 Jun nanti.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This