SEORANG kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus semasa mandi bersama ahli keluarga di Sungai Nenggiri, Kuala Betis, Gua Musang, semalam.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Syamely Nur Aleh Qarni Sham, 7, ditemukan sekitar pukul 12.05 tengah hari tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Nik Fakri Mohd Nawi memaklumkan, mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan pihak polis yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Beliau memberitahu, mayat kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 1.8 kilometer daripada tempat dikhuatiri hilang.
“Mayat mangsa dibawa naik ke darat sejurus ditemukan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Baca artikel lain: Lelaki dikhuatiri lemas disyaki terjun Jambatan Sultan Yahya Petra
“SAR dimulakan pada pukul 8 pagi tadi dengan menggunakan teknik mencari di permukaan air bersama unit PPDA dan anjing pengesan bomba (K9) di kawasan pesisir sungai.
“Operasi ini disertai seramai 20 anggota termasuk pegawai bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam media melaporkan kegembiraan seorang kanak-kanak Orang Asli yang pulang ke Kampung Setawar di RPS Kuala Betis, Gua Musang, bertukar tragedi apabila dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Brooke petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang semalam, Syamely Nur Aleh Qarni dipercayai hanyut ketika mandi bersama ahli keluarganya di sungai terbabit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

