‘Maklumat siasatan’ kes Zayn Rayyan: Polis buka kertas siasatan, terima dua laporan

Dari Penulis

POLIS telah pun membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyebaran maklumat siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu memberitahu, kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Menurut Hussein, siasatan kes tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau berkata, kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, Hussein memaklumkan, dua laporan polis telah pun diterima dengan satu daripadanya dibuat oleh ahli keluarga mangsa (Zayn Rayyan) dan satu lagi daripada pegawai penyiasat kes.

Beliau turut meminta orang ramai untuk tidak berkongsi sebarang kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.

“Perbuatan seumpama ini bukan sahaja mengganggu siasatan tetapi juga proses pendakwaan di mahkamah.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana individu didapati berkongsi kandungan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, peguam kepada bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin mengesahkan bahawa keluarga kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang pada pukul 6.40 petang, semalam.

Baca artikel lain: MCMC mohon TikTok, Telegram turunkan ‘maklumat siasatan’ kes Zayn Rayyan

Jelasnya, buat masa ini, pihak keluarga Zayn Rayyan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Polis juga sudah memaklumkan akan bekerjasama dengan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) untuk menurunkan kandungan terbabit.

“Keluarga (Zayn Rayyan) menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan namun jika kandungan itu masih tersebar di media sosial pihaknya akan mengambil tindakan seterusnya mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Semalam, polis akan menjalankan siasatan berhubung penyebaran maklumat yang didakwa merupakan laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu seperti yang ditularkan dalam satu portal Telegram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan MCMC bagi mengesan mereka yang terlibat.

Mohd Shuhaily berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan bagi menegakkan keadilan terhadap Zayn Rayyan serta memberi kesan kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan keluarga.

Sebelum itu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, iaitu ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya Disember tahun lepas.

Mahkamah kemudiannya memutuskan masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan kes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This