Tiada isu guna nama Kristal X, masih bertegur sapa dengan bekas anggota kumpulan tapi tak akrab – Lan

Dari Penulis

VOKALIS kumpulan Kristal X, Lan memberitahu bahawa penggunaan nama kumpulan tersebut dipilih berdasarkan cadangan peminat melalui tinjauan di media sosial.

Ujar Lan atau nama lengkapnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 39, langkah ini diambil untuk menghargai peminat yang telah lama menyokong perjuangan mereka dalam industri muzik tempatan.

Malah, dia juga terbuka hati untuk menghidupkan semula kumpulan itu atas permintaan peminat serta berkongsi manfaat bersama ahli kumpulan lain.

“Sebelum ini kita dah mula dengan X band, tapi apa yang kita dah buat dekat tinjauan media sosial. Kristal X sudah duduk di tangga atas sekali. Jadi kami mahu puaskan hati semua pengikut sebab mereka yang banyak sokong kami. Tertubuh Kristal X memang untuk mereka.

“Sebab semua yang masih bersama ini cari makan dalam muzik, jadi mungkin ini salah satu manfaat yang boleh kongsikan pada ahli yang lain.

“Kalau saya bergerak solo saya makan sorang sahaja, memang kalau keselesaan tu lebih baik jalan seorang tapi ‘vibe’ band itu kepuasannya berbeza. Mungkin ini salah satu cabang yang saya boleh tolong kawan saya dan tak naklah kalau senang seorang diri.

“Kalau mereka sedia ada pendapatan yang cantik, kita tambah baik sahaja,” ujarnya kepada URTV.

Walau bagaimanapun, Lan menjelaskan bahawa hingga kini tiada isu yang timbul mengenai penggunaan jenama Kristal, namun berharap kedua kumpulan ini mampu bersaing secara sihat untuk memeriahkan dunia hiburan ini.

“Setakat ini tiada isu, tapi saya rasa kematangan dalam industri itu sangat diperlukan. Walaupun saya duduk dalam industri tidak selama mana tapi kita dalam ini untuk bekerja.

“Saya rasa penting untuk bersaing secara sihat. Seronok untuk melihat kedua-dua belah pihak bersaing. Bila kita nampak kemajuan dia, kita pun nak maju, jadi kita bergerak seiring dalam dunia industri. Jika kita bekerja lebih, kita dapat lebih,” ujarnya lagi.

Hubungan sudah tidak akrab

Selain itu, dia turut tampil menjelaskan hubungannya dengan anggota Kristal terdahulu dengan menegaskan bahawa mereka tetap bersikap profesional meskipun tidak seakrab seperti sebelumnya.

“Kalau jumpa pun bertegur sapa lah, tidak lah kata akrab macam dulu kan. Sebab kalau kita jumpa orang, kita boleh tahu masih ada peluang berjumpa bersama atau tidak, saya tak rasa ‘vibe’ itu lagi.

“Tapi saya tak tahulah, dalam hidup ini kita cari yang baik-baik sahaja. Saya nak bekerja dan cari makan untuk anak bini, teruskan perjuangan sahaja dalam industri,” jelasnya.

Lan berkongsi kenyataan tersebut ketika ditemui di sidang media konsert Merah Hitam yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Untuk rekod, kini kumpulan Kristal X terdiri diantara bekas anggota lama kumpulan Kristal, iaitu Napie Hassan (gitar), Amai (bes), Ainul (dram), dan seorang ahli baharu, Ayop (keyboard) yang ditubuhkan sejak tahun 2020 lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This