Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa, tema kempen Haji 1445H TV AlHijrah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KEMPEN Haji 1445H yang akan berakhir pada 20 Jun ini, membawakan kepada penonton empat program terbaik buat santapan rohani. Program-program tersebut adalah Munajat Arafah, Peristiwa Haji, Assalamualaikum Istimewa Aidiladha dan Quran@114 Istimewa Aidiladha.

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Zulkarnaen Mokhtar, berkata, kesemua program ini bermatlamat memberi informasi dan pandangan terkini berkaitan ibadah haji.

“Bersesuaian dengan tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa, kita mahu penonton untuk bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan rohani Aidiladha yang menuntut umat Islam meneroka sejarahnya, mendalami definisi dan kisahnya serta mempelajari kepentingan bulan Zulhijah ini dalam pembentukan adab, akhlak dan sahsiah diri yang baik.

“TV AlHijrah kali ini membawakan empat program istimewa. Munajat Arafah akan disiarkan selama dua jam siaran pada 16 Jun, bermula jam 5 petang hingga 7 malam. 

“Rancangan ini akan membawa penonton bersama-sama bermunajat kepada Allah dan menghayati makna hari arafah yang disampaikan oleh pentausiyah sambil diselangi alunan bacaan al-Quran, zikrullah, talbiah dan persembahan qasidah,” jelasnya.

Selain itu, menurut Zulkarnaen, rancangan Peristiwa Haji juga tidak kurang hebatnya. Peristiwa Haji yang disiarkan pada 17 Jun, jam 9.30 malam merupakan imbauan buat penonton menelusuri sejarah era pelayaran menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan utama menuju ke Mekah. Penonton juga akan dibawa menghargai kejayaan teknologi terkini yang banyak membantu urusan jemaah haji.

“Jangan lepaskan peluang menyaksikan rancangan Quran@114 Istimewa Aidiladha setiap hari, sepanjang Jun ini, jam 11 pagi. Kami bawakan kelas al-Quran ke rumah anda. Istimewanya, program ini bukan sekadar mengajak penonton untuk sama-sama membaca ayat-ayat suci al-Quran, tetapi mereka juga akan didedahkan dengan konsep tadabbur, tafaqquh, tazakkur, dan i’tibar. 

“Rancangan Assalamualaikum Istimewa Aidiladha juga antara tarikan utama. Pelbagai topik semasa haji akan dikupas dengan panel-panel jemputan terbaik yang mempunyai pengalaman luas dalam urusan rukun Islam kelima ini. Kesemua rancangan terbaik ini boleh juga ditonton atas talian secara strim di aplikasi AlHijrah Plus di telefon pintar masing-masing,” akhiri Zulkarnaen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

TV AlHijrah, MAIWP santuni 30 pelajar asnaf menerusi program Bangkit Asnaf 2026

PEMBANGUNAN modal insan dan suntikan motivasi berterusan menjadi kunci utama dalam usaha membebaskan golongan asnaf daripada belenggu kemiskinan tegar. Menyedari...

More Articles Like This