SEORANG lelaki dipenjara enam bulan selepas didapati menyimbah cat tembok pagar kediaman rasmi Ketua Polis Daerah Segamat dekat Kilometer 187.5, Jalan Johor Bahru – Seremban.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya mengesan satu hantaran tular memaparkan kejadian khianat simbah cat itu hari ini.
Beliau berkata, semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada pukul 11.45 malam, 4 Februari lalu.
“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun telah ditahan pada 5 Februari di Taman Perling, Segamat bersama rampasan satu tin cat dan lain-lain barang kes yang digunakan ketika kejadian.
“Siasatan mendapati motif kejadian kerana suspek sering terdengan bisikan yang disyaki akibat halusinasi menyatakan dirinya terlibat dalam kes dadah dan menjadi buruan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ekoran itu, suspek telah menyasarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat sebagai tanda protes.
Namun disebabkan kehadiran polis di pos pengawal, suspek telah menukar sasaran kepada rumah Ketua Polis Daerah yang juga menggunaka laluan sama dengan IPD.
“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes khianat dan samun.
“Saringan ujian air kencing mendapati negatif dadah,” ujarnya.
Ahmad Zamry berkata, suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Segamat pada 6 Februari di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas negatif dadah.
Katanya, suspek telah dikenakan perintah pengawasan di bawah Akta Pencegahan Jenayah di Mukim Lepas, Pekang selama tempoh setahun bermula 6 Jun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

