Malaysia sambut baik minat, keyakinan dipamer pelabur luar – Perdana Menteri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA menyambut baik minat dan keyakinan dipamerkan pelabur luar untuk terlibat dalam pelaksanaan dasar-dasar yang telah diumumkan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan, perkara itu mencerminkan bahawa fokus dan keutamaan Kerajaan MADANI mempunyai asas yang kukuh.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, ia juga menonjolkan komitmen pelaksanaan dasar yang benar-benar memanfaatkan rakyat dan perniagaan.

Baca artikel lain: Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi China Silk Road Group, Dr Yan Lijin dan delegasinya.

Turut menyertai kunjungan tersebut adalah Pengerusi China Tianying Inc (CNTY), Yan Shengjun dan Pengerusi Chengli Special Automobile Ltd (CLW), Cheng Aluo.

Menurut Perdana Menteri, CNTY merupakan syarikat teknologi dan perkhidmatan alam sekitar senarai awam terkemuka China.

“CLW pula adalah pengeluar kenderaan khas terbesar di dunia dengan lebih daripada 2,200 produk melibatkan pelbagai industri.

“Pertemuan kami hari ini membincangkan mengenai sokongan teknologi dan pengetahuan yang boleh dibawa oleh peneraju industri seperti CNTY dan CLW khususnya terkait pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR),” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This