SEORANG pelajar Kolej Vokasional dan murid lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia ditahan selepas membaling batu ke arah cermin bas yang membawa penyokong sebuah kelab bola sepak di Lebuhraya Baru Lembah Klang, arah utara, malam tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/6238
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden tersebut pada pukul 8.49 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku semasa bas yang membawa penyokong bola sepak itu selesai menyaksikan perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
“Dua suspek yang menaiki motosikal telah membaling batu ke arah bas sehingga mengalami keretakan pada cermin bahagian penumpang.
“Ekoran kejadian ini, suspek berusia 17 hingga 20 tahun ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, saringan ujian air kencing suspek adalah negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Suspek kini direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang pelanggaran undang-undang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

