Kerajaan yakin capai sasaran KDNK, inflasi tahun ini – Amir Hamzah

Dari Penulis

KERAJAAN yakin ekonomi negara masih tetap mencapai unjuran rasmi kadar inflasi dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini walaupun dengan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata kerajaan menyasarkan kadar inflasi antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus serta pertumbuhan KDNK antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada tahun ini.

“Pendekatan penyasaran semula subsidi diesel yang diambil iaitu menyediakan diesel bersubsidi kepada sektor logistik dan bantuan tunai bulanan kepada individu akan mengurangkan tekanan ke atas harga barang pengguna dan impak kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Penerangan Menteri mengenai Pelaksanaan Penyasaran Semula Subsidi Diesel di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya kerajaan masih menanggung subsidi diesel sehingga RM10 bilion walaupun penjimatan dianggarkan sebanyak RM4 bilion setahun daripada penyasaran semula subsidi diesel.

Beliau berkata ini untuk menampung subsidi di Sabah dan Sarawak, subsidi untuk sektor pengangkutan awam dan sektor logistik Semenanjung Malaysia, bantuan tunai untuk pemilik kenderaan individu dan pengusaha kecil agri-komoditi serta subsidi diesel nelayan.

—BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This