PENIAGA ubat kuat dipenjara lagi dua bulan oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini atas pertuduhan mencari langganan persundalan menggunakan nama Miza Ozawa menerusi media sosial, awal bulan lalu.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Siti Amiza Baharuddin, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Tertuduh yang juga hamil enam bulan itu turut diarahkan agar menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap pada 6 Jun lalu.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Shahrul sempat menasihatkan tertuduh agar tidak terlalu mengikut perasaan dan nafsu pada masa hadapan.
Hakim: Awak asal mana?
Siti Amiza: Saya asal Pulau Pinang.
Hakim: Selepas ini (selesai menjalani hukuman), nak buat apa?
Siti Amiza: Saya mahu buka kedai makan di Kuala Lumpur (KL) dan jaga anak (dalam kandungan).
Hakim: Kenapa mahu buka di KL? Siapa ada? Kenapa bukan di Pulau Pinang? Keluarga di mana?
Siti Amiza: Saya senang cari makan di KL, Tuan. Keluarga ada di Pulau Pinang. Di KL ada kawan.
Hakim: Balik Pulau Pinang… Di KL tiada saudara mara kan? Kawan tak boleh pakai… Kalau betul hendak jaga anak, duduk dengan keluarga di Pulau Pinang. Jadikan kes ini sebagai pengajaran, jangan ikutkan sangat nafsu dan perasaan.
Mengikut pertuduhan pilihan, wanita itu didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah unit kondominium di Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 4 petang, 6 Jun lalu.
Justeru, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Siti Amiza merayu agar tidak djatuhkan hukuman penjara, sebaliknya sekadar dikenakan denda memandangkan sedang menanggung ibu yang menghidap penyakit Hepatitis B selain sedang mengandung.
“Saya sangat merayu agar mahkamah mempertimbangkan hukuman denda ke atas saya. Saya menyesal dan insaf atas perlakuan lama. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.
“Saya juga menghidap HIV dan tidak boleh berada dalam keadaan tertekan,” rayunya dalam nada sebak.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar memohon agar tertuduh dipenjarakan dengan mempertimbangkan kepentingan awam.
“Kesalahan tertuduh adalah tidak bermoral, selain boleh meningkatkan risiko penularan penyakit kelamin,” katanya.
Baca: ‘Miza Ozawa’ mengaku salah cari pelanggan untuk maksud persundalan
Mengikut fakta kes, pada tarikh kejadian, pihak polis membuat serbuan di alamat berkenaan dan hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit tertuduh mendapati, ia digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menerusi media sosial.
Sebelum ini pada Rabu lepas, media melaporkan Siti Amiza dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki bahan lucah dan ubat terlarang tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

