POMEN Autodata Sdn Bhd (POMEN) mengumumkan pelancaran ENGARAGE, sebuah Sistem Pengurusan Bengkel Bersepadu yang direka untuk membantu bengkel automotif dan pusat servis membina hubungan pelanggan yang berkekalan dan menggalakkan mereka menjadi pelanggan setia.
Ketua Pegawai Eksekutif & pengasas POMEN, Syed Zulhilmi Tuan Sharif berkata, ENGARAGE boleh diakses secara atas talian selagi mempunyai talian internet memandangkan ia dibina sepenuhnya menggunakan Amazon Web Servis.
Katanya, berasal daripada perkataan “Engage” dan “Garage,” ENGARAGE membolehkan pengusaha bengkel lebih memahami kehendak pelanggan iaitu pemilik kereta dan dapat berhubung secara langsung dengan mereka dalam memastikan perniagaan lebih maju.
“Sistem ini menyediakan maklumat perniagaan yang komprehensif seperti maklumat jualan, inventori alat ganti, alat pemasaran, data pelanggan serta kereta, kewangan dan prestasi mekanik, termasuk akan memperkenalkan e-Invois yang bakal diwajibkan oleh LHDN dalam kemas kini akan datang.
“Kami menjangkakan pendaftaran baru dari 3,000 bengkel di seluruh Malaysia menjelang Mac 2025, dengan sasaran pendapatan tambahan sebanyak RM3,000,000,” katanya dalam kenyataan akhbar.
Beliau juga menambah bahawa ENGARAGE menawarkan fungsi khas kepada bengkel dalam memastikan pelanggan mendapat maklumat secara langsung dalam memberi pengalaman terbaik dari awal hingga akhir. Ini termasuk pengurusan dari tempahan dan sebut harga hingga pemeriksaan, penjejakan status, invois, dan proses pembayaran. Ini bagi memastikan pemilik bengkel dapat memberikan perkhidmatan yang lancar dan terbaik kepada pelanggan mereka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

