KERAJAAN tidak berhasrat untuk mengubah dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mana ia kini dikhaskan untuk pelajar Bumiputera seperti mana ditetapkan sebelum ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, dasar tersebut akan terus dipertahankan demi memenuhi aspriasi kerajaan khususnya dalam merapatkan jurang ekonomi di antara kaum.
Jelasnya, berdasarkan laporan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, masih wujud jurang ekonomi dalam kalangan Bumiputera daripada segi pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan dan pengeluaran tenaga kerja mahir.
“Oleh yang demikian pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, Orang Asli dan anak-anak negeri Sabah, Sarawak ini masih diperlukan.
“Dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang di antara kaum terutama apabila melibatkan aspek sosial ekonomi,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca artikel lain: 90 pokok berisiko tinggi dikenal pasti di Kuala Lumpur sejak bulan lalu
Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976.
Zambry menambah, kadar miskin mutlak dalam kalangan Bumiputera ketika ini masih memerlukan usaha secara berterusan untuk diperbaiki.
“Dengan tertubuhnya UiTM, lebih ramai anak Bumputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan dilatih untuk mengisi pelbagai jenis jawatan sebagai keperluan meningkatkan kualiti hidup dan mengubah nasib mereka,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

