SEORANG lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pada 12 tengah hari kelmarin di Kampung Sungai Pinang, Klang, pengadu telah menerima satu video berdurasi 47 saat memaparkan aksi seorang lelaki memotong kaki seekor kucing berwarna putih.
Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan susulan laporan diterima.
“Seorang lelaki berusia 33 tahun telah ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, turut dirampas sebuah telefon bimbit jenis Oppo A5 milik suspek untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyan 428 Kanun Kesekaaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

