PRK Sungai Bakap: Tak wajar wujudkan keadaan tegang, menakutkan – Halimah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN sewajarnya tidak mewujudkan keadaan tegang dan menakutkan semasa tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap apabila pihak keselamatan didakwa sentiasa diarahkan bersama dalam lingkungan jentera kempen terutama di pihak pembangkang.

Ketua Portfolio Perpaduan Negara Perikatan Nasional (PN), Dr Halimah Ali menegaskan kempen yang sihat, bersih dan adil adalah cerminan kepada sebuah negara demokratik yang aman serta sejahtera.

Menurutnya, rakyat berbilang kaum di Malaysia sewajarnya diberikan sepenuh kebebasan berfikir dan membuat keputusan demi kebaikan masa depan masing-masing.

“Rakyat pengundi di DUN Sungai Bakap akan turun mengundi pada hari Sabtu 6 Julai depan. Di waktu ini calon-calon yang bertanding dengan sokongan jentera masing-masing sedang rancak berkempen untuk memenangi hati dan sokongan rakyat di sana.

“Tidak wajar diwujudkan keadaan tegang dan menakutkan bila pihak keselamatan diarah sentiasa bersama dalam lingkungan jentera kempen terutama di pihak pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Pengalihan tapak kubur :  Halimah gesa Kerajaan Selangor buka pintu rundingan lebih telus

Mengulas lanjut, Halimah yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, perkara tersebut penting dalam membina Malaysia yang bersatu padu, meraikan perbezaan pandangan dan dalam waktu sama menjamin serta mempertahankan kebebasan tersebut.

Jelasnya, masyarakat perlu mengikis sebarang amalan tidak demokratik seperti membakar api perkauman, menggunakan jentera kerajaan untuk mempengaruhi undi, rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya menyeru agar rakyat pengundi di PRK DUN Sungai Bakap menggunakan kesempatan PRK ini untuk menilai kedua-dua calon.

“Akhirnya pada 6 Julai nanti, buat keputusan yang terbaik demi kawasan Sungai Bakap dan rakyat penduduknya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This