SEORANG wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditahan selepas tular membiarkan anak dalam keadaan bahaya ketika menaiki sebuah kereta di Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 28 saat itu di laman TikTok pada hari ini.
Beliau berkata, menerusia video dapat dilihat seorang kanak-kanak perempuan duduk di tingkap yang terbuka pada bahagian pintu penumpang hadapan.
“Bertindak atas maklumat, seorang wanita Melayu berusia 46 tahun yang juga ibu kepada kanak-kanak itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi memberi keterangan pada 4.50 petang tadi.
“Turut dirampas kereta yang digunakan ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, siasatan mendapati wanita terbabit buta sebelah mata manakala anak perempuan berusia 8 tahun merupakan kanak-kanak OKU mental.
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-29667474 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

