SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, pukul 7 malam tadi.
Kejadian dilapor berlaku kira-kira 800 meter daripada rumah mangsa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Hatta Che Din berkata, kemalangan berlaku apabila Perodua Ativa yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun gagal mengelak mangsa sebelum melanggarnya.
“Perodua Ativa bergerak dari arah Jalan Nusari Aman 2/2M ke pintu pos pengawal Taman Nusari Aman 1B.
“Mangsa dari arah bertentangan dan pada masa sama bergerak di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum masuk ke laluan Perodua Ativa.
Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di badan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk menerima rawatan.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 8.05 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, ketika kejadian mangsa ditemani abangnya berusia enam tahun yang turut bersama-sama mengayuh basikal secara berasingan.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Ibu bapa dinasihatkan untuk mengawasi pergerakan kanak-kanak yang membuat aktiviti di luar rumah terutama yang menggunakan jalan raya supaya perkara tidak diingini dapat dielakkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook

