MOT tambahbaik sistem, proses pendaftaran VEP – Anthony Loke

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil inisatif untuk menambahbaik sistem dan proses pendaftaran permit kemasukan kenderaan (VEP) motor asing.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penambahbaikan itu dilakukan sebelum peraturan VEP dikuatkuasakan di sempadan Malaysia-Singapura 1 Oktober ini.

Menurut Anthony Loke, antara penambahbaikan yang dilakukan adalah pembatalan pendaftaran VEP boleh dibuat secara atas talian termasuk untuk kenderaan yang telah bertukar milik.

Selain itu, katanya, VEP yang telah tamat tempoh (mencapai lima tahun dari tarikh pendaftaran) akan dibatalkan secara automatik.

“Kita juga menetapkan pembaharuan VEP boleh dibuat secara talian tanpa perlu menunggu tag VEP sedia ada tamat tempoh.

“Notifikasi akan dihantar kepada pemilik kenderaan 60 hari, 30 hari dan 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh VEP,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, fungsi-fungsi baharu itu telah dilaksanakan dalam portal VEP mulai 28 Jun lalu.

Katanya, langkah tersebut secara tidak langsung akan meminimakan keperluan untuk berurus secara emel atau di kaunter. 

Anthony Loke berkata, lebih banyak penambahbaikan akan dilaksanakan termasuk pengenalan Open Toll Payment System (OPS).

“Ini akan membolehkan pengunaan Kad Kredit dan Debit sebagai pilihan tambahan kepada Touch N’ Go untuk pembayaran Road Charge (RC). 

“Fungsi OPS akan boleh digunakan mulai 1 Ogos ini, namun pengguna boleh memuat turun aplikasi MDGS melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk menyesuaikan dan memahami fungsi aplikasi tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, kadar fi untuk mencetak sijil pemilikan kenderaan (VOC) di Semenanjung akan diturunkan dari RM50 kepada RM20.

Manakala, menurut beliau,  kadar fi di Sabah akan diturunkan dari RM25 kepada RM20. 

Katanya, kadar fi bagi Sarawak pula akan dikekalkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This