KKM halusi cadangan polisi baharu lantikan, penempatan doktor

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi beberapa cadangan polisi baharu berkaitan pelantikan dan penempatan anggota kesihatan melalui program Reformasi Sumber Manusia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu merupakan antara usaha kementerian dalam menangani isu kekurangan pegawai perubatan di fasiliti kesihatan KKM di seluruh negara.

“Kami sedang melakukan penyusunan semula untuk perhalusi polisi baharu untuk kita reform sumber manusia bagi (menangani) permasalahan, kerumitan, kekurangan, mild distribution, ketidaktaburan yang baik dalam satu polisi Reformasi Sumber Manusia yang akan kita kaji semula,” katanya dalam soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) yang ingin tahu nisbah semasa doktor dan pesakit serta usaha agresif dalam menangani kekurangan pegawai perubatan yang kritikal.

Baca artikel lain: KKM dalam proses siasat kes keracunan makanan

Dr Dzulkefly berkata KKM melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan bilangan doktor di fasiliti kesihatan KKM untuk mencapai sasaran nisbah satu doktor kepada 400 penduduk (1:400) menjelang 2025.

Beliau berkata ia termasuk meningkatkan slot latihan siswazah perubatan di KKM daripada 10,835 pada 2013 kepada 12,198 slot tahun ini selain bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan swasta untuk menarik minat pelajar mengambil jurusan perubatan.

“Berdasarkan Petunjuk Kesihatan 2023 yang dikeluarkan KKM, nisbah doktor kepada penduduk pada tahun 2022 telah mencapai nisbah satu doktor kepada 412 penduduk berbanding nisbah satu doktor kepada 758 penduduk pada tahun 2012.

“Walaupun petunjuk nisbah kepada doktor menunjukkan peningkatan yang memuaskan, KKM komited untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan lagi bilangan doktor di fasiliti KKM dan sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana atas, nisbah 1:412 ini akan terus kita perbaiki,” katanya.

Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This