PRK DUN Nenggiri: Mohd Azizi beri laluan kepada PH-BN

Dari Penulis

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim tidak akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Ogos ini.

Mohd Azizi berkata sebaliknya beliau akan memberi laluan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

“Ini bukan soal kerusi yang dipertandingkan tetapi kita menghormati semangat setiakawan dalam kalangan komponen parti,” katanya kepada pemberita.

Baca artikel lain: UMNO Gua Musang senarai 3 nama untuk PRK DUN Nenggiri

Selain itu, Mohd Azizi berkata beliau telah menghantar surat kepada Bersatu semalam menggesa parti berkenaan memberi butiran jelas mengenai pemecatan keahliannya.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Mohd Azizi pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This