POLIS mengesahkan pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Islam Melaka, Siti Nur Nabilah Mohd Zaki, 18, yang dilapor hilang telah ditemui di Larkin, Johor, hari ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan mendapati Siti Nur Nabilah telah ke Larkin untuk bertemu dengan teman lelaki yang baru dikenali.
Beliau berkata, Siti Nur Nabilah telah menaiki bas ekspres pada petang Isnin lalu dan menginap di sebuah hotel bajet.
“Penemuan Siti Nur Nabilah disahkan oleh bapa saudara yang menemuinya di sebuah bank dekat Larkin bersama seorang lelaki yang baru dikenali,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Jelasnya, laporan polis telah dibuat oleh bapa saudara di balai berhampiran dan Siti Nur Nabilah telah dibawa pulang ke Melaka.
Sebelum ini UtusanTV melaporkan, Siti Nur Nabilah dilapor hilang oleh keluarganya selepas keluar dari kolej kediamannya selepas mendaftar masuk Isnin lalu.
Menurut kakak saudara Siti Nur Nabilah, Sabrina Shahira Badrul Hisham, 23, kakak Siti Nur Nabilah telah menghubungi adiknya sejak petang Isnin untuk bertanyakan khabar namun tidak menerima sebarang maklum balas.
Siti Nur Nabilah yang juga merupakan anak yatim piatu sempat memaklumkan kepada rakan sebilik bahawa dia mahu pulang ke rumah dengan menaiki kenderaan e-hailing dan membawa beberapa beg pakaian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook

