SEBANYAK 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah yang terjejas akibat banjir berjaya dipulihkan setakat pukul 10 pagi semalam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberitahu, usaha tersebut hasil daripada kerjasama dengan syarikat telekomunikasi yang mana 27 pemancar lagi masih belum dapat beroperasi.
“Daripada jumlah keseluruhan menara yang terjejas, 34 menara pemancar terpaksa diputuskan bekalan elektrik oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) atas sebab keselamatan.
“Manakala lima lagi terputus hubungan disebabkan oleh jalan yang dinaiki air dan dua menara pemancar mengalami kerosakan peralatan elektronik,” katanya dalamm kenyataan, lewat malam tadi.
MCMC menjelaskan, berdasarkan pecahan daerah, sebanyak 13 menara pemancar di daerah Penampang telah dibaik pulih, 19 lagi masih belum beroperasi, manakala di Kota Kinabalu, satu menara sudah beroperasi semula dengan empat lagi dalam proses pembaikan.
Baca artikel lain: Tabika Pra Tahfiz KEMAS bukti Islam lebih kukuh di bawah Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
Selain itu, katanya, kesemua tiga menara pemancar di daerah Tuaran dan satu lagi di daerah Kota Marudu masih belum beroperasi.
Pada masa sama, MCMC memberitahu satu daripada lima Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut terjejas dan tidak dibuka kepada orang ramai untuk sementara waktu sehingga keadaan kembali normal.
“Bagaimanapun, kerja pembersihan sedang giat dijalankan bagi membolehkan pusat NADI di Kampung Sungai Damit, Tuaran boleh dibuka untuk operasi sesegera mungkin,” katanya.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa MCMC Sabah akan terus memantau untuk memastikan liputan telekomunikasi di keempat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi dengan baik bagi kemudahan mangsa banjir.
“Berdasarkan hasil ujian pemantauan kualiti liputan (QoS), tiada aduan berkaitan kualiti liputan yang diterima di PPS berkenaan setakat ini,” kata MCMC.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

