Suara rakyat bukan suara politik kebencian – Hamzah Zainudin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengingatkan Kerajaan Madani bahawa suara rakyat bukan suara politik kebencian.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) turut mengingatkan pemimpin-pemimpin parti pemerintah agar tidak mudah lupa diri apabila berkuasa.

“Apakah rintihan rakyat yang meluahkan rasa kecewa mereka kerana menjadi mangsa kenaikan harga diesel RM3.35 seliter dianggap politik kebencian?

“Apakah bila rakyat bangkit menuntut janji turun harga minyak dari PMX dilabelkan politik kebencian?,” soalnya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Hamzah merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bimbang dengan persekitaran politik kebencian yang semakin menebal dalam negara sehingga fakta tidak dipedulikan sama sekali.

Mengulas lanjut, Hamzah turut mempersoalkan reaksi Kerajaan Madani apabila rakyat menegur urusniaga dengan Blackrock.

“Apakah bila rakyat menegur kerajaan kerana berurusniaga dengan Blackrock melibatkan penjualan saham sehingga 30 peratus aset strategik negara iaitu MAHB – membabitkan syarikat yang terlibat menyokong genoside Israel dan tidak dilakukan secara tander terbuka merupakan politik kebencian?

“Apakah kerana rakyat menegur kerajaan Madani cakap tak serupa bikin – kononnya mahu banteras rasuah tapi bekas menteri yang terkait dengan kes rasuah hampir RM100 juta langsung tidak didakwa. 

“Kononnya mahu banteras rasuah, tapi desakan supaya kekayaan luar biasa bekas setiausaha politik disiasat tidak diendahkan. Kononnya mahu banteras rasuah, tapi sekadar pandang sebelah mata kontroversi projek DRT libatkan suami seorang menteri dianggap politik kebencian?,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This