YBR bantu 329 pelajar SPM, STPM Batu Kurau menerusi Program Kecemerlangan YBR

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) mengambil inisiatif untuk membantu 329 pelajar di Batu Kurau dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, inisiatif itu dilakukan menerui Program Kecemerlangan YBR yang dianjurkan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Kamaruddin dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelai.

Menurut beliau, antara objektif program itu adalah untuk membantu pelajar mengorak langkah lebih bersistematik dan terancang sebagai persediaan menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2024.

“Program ini juga berobjektif bagi memberi pendedahan mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan terutamanya subjek teras dan elektif. 

“Selain itu, program ini juga bertujuan dapat meningkatkan motivasi dan semangat pelajar serta sebagai persediaan minda sebelum menduduki peperiksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Syaiful berkata, beliau amat teruja di atas inisiatif yang dijalankan bagi meningkatkan prestasi pendidikan serta akademik pelajar sekolah. 

Katanya, YBR sentiasa mendokong aspirasi pendidikan negara dan program tersebut mampu memberikan impak tinggi kepada pencapaian pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan datang serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

“Program ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan peratus pelajar yang cemerlang dan lulus dalam peperiksaan SPM dan STPM yang bakal menjelang dan secara tidak langsung inisiatif YBR ini dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah.

“Bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam memberi peluang kepada murid-murid mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan guru masing-masing serta dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan peruntuk RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI perkukuh mitigasi banjir di Sarawak

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak tahun ini sebagai langkah memperkukuh...

More Articles Like This