Sultan Nazrin berkenan lancar buku berkenaan impak globalisasi terhadap pembangunan Perak

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku nukilan Baginda bertajuk Globalization: Perak’s Rise, Relative Decline and Regeneration.

Menerusi buku berkulit keras setebal 566 muka surat itu, Sultan Nazrin mengemukakan cadangan berkenaan susulan analisis mendalam baginda selama dua abad mengenai perubahan impak globalisasi terhadap Perak dan bandar serta komunitinya.

Kandungan buku tersebut membandingkan Perak dengan wilayah-wilayah lain yang berasaskan sumber semula jadi, termasuk Sheffield di United Kingdom dan Scranton di Amerika Syarikat, yang pada mulanya makmur tetapi kemudiannya hilang sumber daya saing dan akhirnya terjejas oleh globalisasi.

“Dalam buku ini, beta melihat kembali impak perubahan globalisasi lebih dua abad, baik positif dan negatif terhadap bandar, rakyat serta negeri Perak.

“Beta membandingkan negeri ini dengan wilayah yang kaya dengan sumber asli termasuk Cornwall dan Sheffield di England serta Scranton di Amerika Syarikat.

Sultan Perak, Sultan Nazri Shah bersalaman serta beramah mesra dengan tetamu ketika berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Buku bertajuk Globalization: Perak’s Rise, Relative Decline, and Regeneration di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Semua tempat pada mulanya makmur, namun kehilangan daya saing, kemudian terjejas oleh kuasa globalisasi sama yang sebelum ini memberikan kebaikan kepada mereka. Walaupun Sheffield, Pittsburgh dan Cornwall menemukan cara baharu untuk berkembang maju, namun Scranton masih belum pulih.

“Pertumbuhan awal Perak didorong oleh bijih timah dengan aliran modal, teknologi dan idea baharu dari Cornwall pada dekad pertama zaman kolonial. Menjelang akhir abad ke-19, pengeluaran bijih timah di Perak melebihi Cornwall,” titah baginda dalam Titah Diraja pada majlis pelancaran buku berkenaan.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sultan Nazrin bertitah, kemakmuran Perak berterusan, dipacu oleh ledakan getah yang luar biasa, didorong pengeluaran kereta besar-besaran dan rakyatnya menikmati taraf hidup semakin meningkat.

Sultan Perak, Sultan Nazri Shah bertitah ketika berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Buku bertajuk Globalization: Perak’s Rise, Relative Decline, and Regeneration di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baginda bertitah, bandar dan penempatan baharu diwujudkan, sekolah serta hospital dibina dan infrastruktur Perak adalah antara paling maju di Semenanjung.

“Selepas kemerdekaan, Perak mengalami keadaan kurang memberangsangkan, masih bergantung pada eksport bijih timah dan getah, ia terdedah pada perubahan mendadak dalam permintaan global serta saingan sumber bekalan.

“Ia mula ketinggalan dari negeri di Malaysia yang lebih mendapat manfaat daripada globalisasi ekonomi yang mulai berlaku.

“Apa yang dipanggil oleh ahli ekonomi sebagai ‘aglomerasi ekonomi’, memihak kepada lokasi yang beranjak dulu dalam pembangunan industri, mempunyai kepadatan ekonomi lebih besar dan memiliki rangkaian pengangkutan lebih baik dengan dunia luar, semua kawasan, yang Perak kekurangan dari segi itu,” titah baginda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This