PELAKON lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya hingga cedera di Petaling Jaya pada Ahad lalu telah tampil ke balai polis bagi memberi keterangan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata pelakon berusia 30-an itu telah memberi keterangan kepada pihak polis pada pukul 9 malam tadi.
“Pelakon itu hadir dengan ditemani bapanya untuk melengkapkan siasatan dan tidak ditahan polis,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Jelasnya, polis juga telah selesai merakam keterangan kakak mangsa yang berada bersama mangsa ketika kejadian.
“Kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, pelakon tersebut gagal dihubungi polis selepas panggilan telefon dan mesej menerusi WhatsApp tidak dibalas.
Pada Ahad lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, pada jam 3 pagi.
Suspek dipercayai memukul pengadu kerana tidak puas hati wanita tersebut keluar dengan kakaknya tanpa meminta izin suspek.
Lelaki berkenaan bertindak memarahi dan menumbuk mata kiri serta badan wanita berkenaan.
Kes disiasat di bawah 323 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

