PENGANJURAN Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Hari Peneroka FELDA akan digabungkan tahun depan dengan sasaran kehadiran dua juta pengunjung, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata sambutan itu akan dikendalikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berpengalaman menganjurkan KUD yang memasuki edisi kesembilan tahun lalu.
“Insya-Allah tahun depan saya berazam dengan Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar yang baharu, Hari Peneroka FELDA hendaklah didukung oleh KKDW.
Baca artikel lain: UMNO Gua Musang wajib menang PRK DUN Nenggiri
“Kalau tahun lalu, KUD@Putrajaya dikunjungi 1.5 juta pengunjung, ditambah dengan dukungan daripada generasi pertama hingga generasi kelima FELDA, insya-Allah kita sasar Hari Peneroka FELDA tahun depan kita capai dua juta pengunjung,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF), Anugerah Masjid Contoh (AMC) dan Anugerah Tokoh Imam FELDA ATIF) sempena Hari Peneroka FELDA 2024 hari ini.
– BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

