MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Beliau yang telah melihat hasil rekaan pereka fesyen terkenal tanah air Rizman Ruzaini itu berkata ia akan diperkenalkan kepada umum pada 24 Julai ini.
“Saya percaya bila atlet kita pakai baju itu pada hari perasmian Sukan Olimpik ia akan jadi satu kebanggaan buat mereka dan apa yang kita utamakan pertama ialah ciri-ciri menunjukkan mereka adalah rakyat Malaysia.
“Keduanya adalah untuk keselesaan dan kita mahu pastikan perkara itu,” katanya selepas majlis pelancaran rasmi aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS) oleh Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), di Putrajaya hari ini.
Sebelum ini, Ketua Kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata busana yang berinspirasikan baju Melayu yang dipakai pada perarakan pembukaan Sukan Olimpik itu bakal diperkenal kepada umum tidak lama lagi.
Baca artikel lain: Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 – Hannah
Upacara perasmian Olimpik Paris dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot akan membawa atlet bagi setiap delegasi negara.
Terdahulu, aplikasi inovatif dilancarkan menyepadukan pelbagai fungsi, termasuk pengurusan lesen, sijil, kedudukan individu, sistem SOS, acara sedang dilakukan oleh individu, penjejakan langsung, buku log dan pelbagai lagi modul.
Ia sebagai usaha memudahkan individu terlibat dalam sukan udara untuk mematuhi peraturan keselamatan yang ketat ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu juga menyaksikan MSAF turut menumpukan usaha menarik minat pelbagai pihak dalam memastikan standard keselamatan tertinggi komuniti sukan udara di samping memupuk pembangunan sektor dinamik itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

