KKM tawar khidmat kaunseling kepada keluarga Nur Farah Kartini

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan kaunseling psikososial dan pascatrauma kepada keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

“Saya mewakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menawarkan perkhidmatan kaunseling psikososial dan pascatrauma kepada mereka (keluarga mangsa),” katanya ringkas kepada pemberita semasa menziarahi keluarga mangsa kes pembunuhan itu di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas dan mayatnya ditemukan kira-kira 6 petang pada Isnin.

Baca artikel lain: Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi pukul 5 petang ini

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lukanisman juga berharap siasatan kes pembunuhan itu dapat dijalankan secara adil dan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Sementara itu, abang kepada mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, memaklumkan jenazah adiknya akan dikebumikan selepas solat Asar di Pekan, Pahang selain turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This